Wan Azizah akui bertanggungjawab pikul harapan wanita

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail maklum akan tanggungjawab berat yang dipikulnya selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Presiden KEADILAN itu optimis bahawa beliau boleh mewakili suara wanita Malaysia.

“Ada juga pandangan yang konservatif, ya, wanita ini ada hadnya tidak boleh jadi imam dalam solat, tapi yang lain saya rasa tiada hadnya.

“Dalam al-Quran juga ada kisah ratu Balqis, yang jadi pemerintah pada masa itu.

“Saya tak rasa ia (wanita jadi pemimpin) satu isu. Saya rasa bangga sebab saya mewakili semua wanita di Malaysia dan ini juga telah diterima oleh seluruh rakyat Malaysia.

“Saya rasa ini tanggungjawab, suatu yang telah ditugaskan kepada saya dan (ia) harapan seluruh kaum wanita di Malaysia,” katanya memetik laporan Malaysiakini.

Ahli Parlimen Pandan itu yakin bahawa beliau akan mampu melaksanakan tugas itu sehabis baik.

“Saya rasa terhutang kepada rakyat Malaysia, ini sesuatu yang saya kena buat sedaya upaya selagi ada hayat,” katanya lagi.

Wan Azizah adalah timbalan perdana menteri Malaysia yang pertama dalam sejarah negara.

Beliau memikul amanah ini selepas Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71855

Posted by on Jun 7 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE