Wan Azizah angkat isu pekebun sawit di Belgium

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membawa isu perdagangan kelapa sawit ke peringkat antarabangsa menerusi Sidang Kemuncak Asia-Eropah (ASEM) di Brussels, Belgium. 

Beliau yang berada di negara tersebut selama dua hari membangkitkan isu tersebut dalam pertemuan dengan pemimpin antarabangsa lain.

“Saya mengambil kesempatan keberadaan saya di sini mengatur pertemuan dua hala dengan perdana menteri Belanda, Ireland dan Norway.

“Alhamdulilah, Malaysia dan Kesatuan Eropah akan menandatangani perjanjian kerjasama perkongsian (PCA). 

“Perjanjian ini akan menyaksikan peningkatan dalam pelbagai perkara termasuk, perdagangan, pelaburan, sains dan teknologi, pertanian, pelancongan serta alam sekitar.

“Saya turut telah menyatakan pendirian Malaysia mengenai industri minyak sawit yang merupakan pendapatan utama hampir 650,000 pekebun di Malaysia,” kata beliau menerusi akaun Twitter.

Dr Wan Azizah tiba ke Brussel pada Rabu lalu untuk mengetuai delegasi Malaysia ke persidangan ASEM yang bermula semalam.

Sidang Kemuncak ASEM selama dua hari itu menghimpunkan ketua-ketua negara atau kerajaan 51 negara Eropah dan Asia, wakil daripada EU dan Setiausaha Agung ASEAN.

Sebelum ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam lawatan ke China dari 17 hingga 21 Ogos lalu berjaya mendapatkan persetujuan China untuk mengimport 500,000 tan minyak kelapa sawit tambahan dari Malaysia dengan syarat harga kompetitif ditawarkan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72460

Posted by on Oct 19 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE