Wan Azizah bakal menteri wanita

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kini turut memikul tanggungjawab sebagai menteri hal ehwal wanita dan kebajikan.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi.

Menurutnya lagi, senarai nama menteri-menteri lain akan diketahui pada majlis angkat sumpah yang dijangka berlangsung Isnin ini.

“Kami akan cuba mendapatkan 13 menteri mengangkat sumpah pada Isnin (21 Mei) jika Istana berkenan,” kata Mahathir pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya.

12 Mei lalu, Mahathir mengumumkan pelantikan tiga jawatan kementerian yang paling kanan.

Mereka ialah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang dilantik sebagai menteri kewangan, Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu yang diberi tanggungjawab sebagai menteri pertahanan, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang bertanggungjawab untuk Kementerian Dalam Negeri.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71786

Posted by on May 17 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE