Wan Azizah bangga Tun M bertanding di Langkawi

Kerusi Parlimen Langkawi bakal menjadi pengkalan utama untuk Pakatan Harapan mara ke Putrajaya la apabila Tun Dr Mahathir Mohamad diumumkan secara rasmi sebagai calon gabungan itu.

Presiden Pakatan Harapan merangkap calon timbalan perdana menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merakamkan rasa optimis beliau sewaktu mengumumkan pencalonan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu, malam tadi.

“Dengan bangga, dengan doa kemenangan berpihak kepada kami, saya umumkan Dr Mahathir sebagai calon Langkawi,” katanya kepada kira-kira 5,000 hadirin ceramah Harapan di pulau bebas cukai itu.

Sebelum itu, Dr Mahathir mengumumkan senarai calon Bersatu untuk dewan undangan negeri dan parlimen di Kedah, namun beliau tidak menyebut Langkawi.

Hadirin ceramah kemudian bersorak “Langkawi! Langkawi!” ketika Dr Mahathir kembali ke tempat duduknya.

Wan Azizah yang berucap selepas Dr Mahathir berkongsi kisah yang diceritakan Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang hubungan istimewa Dr Mahathir dan Langkawi.

“Anwar pernah beritahu saya, Dr Mahathir agak sentimental dengan Langkawi. Di sinilah dia mula bertugas sebagai doktor kerajaan dan bertekad membantu pulau ini,” katanya.

Sebelum itu, Dr Mahathir mengumumkan lima calon Bersatu untuk kerusi parlimen Kedah.

Mereka adalah  Datuk Seri Mukhriz Mahathir (Jerlun), Datuk Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Wan Saiful Wan Jan (Pendang), Taufik Yaakob (Baling) dan Akramshah Sanusi (Jerai).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71610

Posted by on Apr 16 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE