Wan Azizah bersimpati dengan mangsa tanah runtuh

Timbalan Perdana Menteri, Ddr Wan Azizah Wan Ismail melahirkan rasa terkejut dan hiba terhadap tragedi tanah runtuh yang meragut empat nyawa di Jalan Tanjung Bungah, Pulau Pinang, semalam.

Menerusi tweet dan Facebook, Dr Wan Azizah memaklumkan beliau mengikuti perkembangan operasi mencari dan menyelamat mangsa tragedi.

“Saya doakan kekuatan buat keluarga mangsa yang terlibat,” katanya.

Tanah runtuh berhampiran sebuah resort di Tanjung Bungah semalam berlaku pada kira-kira 9.45 malam dan meragut nyawa empat orang pekerja Myanmar.

Mereka diupah pemilik resort untuk membina dinding penahan di lokasi kejadian selepas pergerakan tanah dikesan berlaku sejak beberapa minggu lepas.

Operasi menyelamat dihentikan selepas mangsa terakhir ditemui pada 4.35 pagi tadi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73671

Posted by on Jun 26 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE