Wan Azizah: Buku Harapan pemangkin Malaysia lebih gemilang

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin manifesto gabungan pembangkang yang diberi nama Buku Harapan mampu menjadi pemangkin untuk membentuk Malaysia yang lebih gemilang.

Berucap pada pelancarannya semalam, beliau mengaitkan laporan terbaru Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unicef) yang mendedahkan masalah kekurangan zat kanak-kanak Kuala Lumpur.

“Hari ini berlaku depan mata kita di Kuala Lumpur. Ibu negara kita. Kita bercakap mengenai anak bangsa kita. Kekurangan zat merencatkan masa depan kita.

“Kita berbincang dan berdebat mengenai dasar pentadbiran baik. Tapi ini berlaku. Ini bukti berlakunya penurunan kualiti hidup rakyat marhaen,” kata presiden KEADILAN itu yang merupakan calon timbalan perdana menteri Harapan.

Beliau turut menyeru agar tema Hari Wanuta Sedunia iaitu #PressforProgress dijadikan pencetus untuk melakukan reformasi dalam pentadbiran negara dalam pilihan raya umum akan datang.

“Perubahan tak datang bergolek kita harus bangun dan desak agar perubahan itu berlaku.

“Dasar kerajaan peduli rakyat untuk faedah semua pihak. Kita tak kata rasa denyutan nadi rakyat tanpa memahami penderitaan yang di alami mereka,” katanya.

Buku Harapan dilancarkan semalam dengan tema Membina Negara Memenuhi Harapan.

Setebal 194 muka surat, ia menggariskan lima teras utama tawaran Pakatan Harapan, sepuluh janji yang akan dilaksanakan dalam masa 100 hari mentadbir Putrajaya, serta 60 janji yang akan dilaksanakan dalam masa lima tahun.

Ia juga menjanjikan iltizam khas kepada lima golongan iaitu warga Felda, masyarakat kaum India, golongan wanita, golongan muda dan warga emas.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71434

Posted by on Mar 9 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE