Wan Azizah calon TPM Pakatan Harapan

Hari ini secara rasmi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad diumumkan sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan dan Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi timbalannya untuk pilihan raya umum ke-14.

Pengumuman itu dilakukan Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah pada Konvensyen Pakatan Harapan, hari ini.

Pada masa sama, gabungan pembangkang masih komited untuk mengangkat Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri dengan sesegera mungkin sebaik sahaja beliau dibebaskan dari penjara.

“Untuk memperkukuh kepimpinan kerajaan Pakatan Harapan dan memperteguh muafakat antara parti-parti anggota, proses undang-undang untuk mendapatkan Pengampunan Diraja bagi membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dimulakan segera, selepas Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran negara, agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat segera berperanan dalam kerajaan Persekutuan dan kemudiannya diangkat sebagai calon perdana menteri ke-8,” kenyataan yang dibacakan Saifuddin dipetik.

Anwar sekarang ini menjalani hukuman penjara akibat Fitnah II dan akan dibebaskan pada 8 Jun depan.

Hukuman penjara beliau berakhir pada 10 Jun 2018 dan beliau sebelum ini dijangkan bebas pada 11 Jun.

Namun, ia diawalkan sehari kerana 10 Jun jatuh pada hari Ahad.

Sementara itu Saifuddin turut mengumumkan bahawa pembahagian kerusi parlimen Harapan di sudah dimuktamadkan melalui perbincangan antara KEADILAN, DAP, PPBM dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Pengagihan kerusi di Semenanjung Malaysia menyaksikan PPBM mendapat peruntukan tertinggi sebanyak 52 kerusi, diikuti KEADILAN (51 kerusi), DAP (35 kerusi) dan Amanah (27 kerusi).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71304

Posted by on Jan 7 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE