Wan Azizah gesa sidang Parlimen khas kecam provokasi US terhadap Palestin

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Malaysia agar membantah secara rasmi provokasi Amerika Syarikat terhadap Palestin dengan memindahkan kedutaannya di Tel Aviv ke Baitulmaqdis.

Menurut Presiden KEADILAN itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menghubungi Trump secara rasmi untuk menyampaikan bantahan serta memanggil satu sidang khas Parlimen untuk membahaskan perkara tersebut.

“Malaysia wajib mengecam tindakan US ini, memandangkan ia mengenepikan harapan rakyat Palestin untuk menjadikan Baitulmaqdis ibu negara Palestin.

“Perdana Menteri Datuk Sri Najib Razak juga perlu segera menghubungi rakan baik beliau, Presiden Trump, untuk merekodkan kecaman Malaysia terhadap langkah US ini.

“Saya juga akan memohon Yang DiPertua Dewan Rakyat untuk memanggil satu sidang Parlimen tergempar untuk membahaskan usul khas mengecam tindakan US ini,” katanya.

Presiden US Donald Trump dijadual akan mengiktiraf pemindahaan ibu kota Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis hari ini di Washington atau Khamis malam mengikut waktu tempatan.

CNN Indonesia yang memetik AFP melaporkan Trump bakal mengumumkan pemindahan Kedutaan Besar US di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis, atau bakal dikenali sebagai Jerusalem sebagai langkah rasmi pengiktirafan ibu kota Israel itu.

Langkah yang bakal diambil Trump itu dikhuatiri akan menjejaskan usaha damai Palestin dan Israel selain memburukkan lagi konflik di Timur Tengah.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70833

Posted by on Dec 7 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE