Wan Azizah hargai Selangor bantu P Pinang

Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merakamkan penghargaannya kepada Selangor yang menghulurkan bantuan sebanyak RM1 juta kepada Pulau Pinang yang sedang berhadapan bencana banjir yang melanda negeri itu hujung minggu lalu.

Presiden KEADILAN merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu merakamkan ucapan terima kasih kepada negeri yang dipimpin Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali merangkap Timbalan Presiden KEADILAN.

“Terima kasih Selangor kerana menyumbang RM1 juta kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

“Sumbangan tersebut turut disertai dengan jentera dan logistik pihak berkuasa tempatan serta 300 orang sukarelawan,” kata Presiden KEADILAN itu menerusi akaun Facebook.

Jumlah mangsa banjir di lima daerah di Pulau Pinang hingga awal pagi ini terus meningkat kepada 5,845 berbanding 3,779 mangsa malam tadi yang ditempatkan di 62 pusat pemindahan.

Daerah Seberang Perai Utara mencatat jumlah mangsa paling ramai dengan 3,371 orang di 30 pusat pemindahan diikuti daerah Seberang Perai Tengah dengan 2,119 mangsa di 27 pusat pemindahan, lapor Bernama.

Hampir seluruh Pulau Pinang terjejas akibat banjir dengan beberapa kawasan ditenggelami air di antara 0.2 dan satu meter, diikuti angin kencang dan hujan lebat sejak 2 petang Khamis yang turut menumbangkan puluhan pokok.

Hingga kini, kejadian banjir yang dikatakan terburuk di negeri ini telah meragut tujuh nyawa.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70740

Posted by on Nov 6 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE