Wan Azizah: Hentikan cubaan renggangkan Anwar – Tun M

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa pihak yang cuba merenggangkan hubungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad agar berhenti berbuat demikian.

Pada masa sama katanya, orang ramai perlu berhenti mendengar desas-desus tersebut.

“Cukuplah. Kalau ada desas-desus orang nak cakap (tentang perkara) ini, adalah mereka yang nak regangkan (hubungan). Janganlah dengar.

“Memang Anwar, saya, kita sekeluarga, Nurul (Izzah), kita komited dalam kendalikan kerajaan sekarang ini untuk tangani masalah negara kita. Kita mahu diingati sebagai rakyat Malaysia, ia bukan mengenai kedudukan,” kata Wan Azizah memetik laporan Malaysiakini.

Sementara itu, sewaktu ditanya tentang pengalaman bekerja bersama Dr Mahathir, Wan Azizah menyifatkan perdana menteri itu sebagai seorang yang fleksibel dan mempercayai kemampuannya sebagai timbalan.

“Tun beri saya ruang dan peluang untuk saya berkembang dan tak ada had untuk saya jika saya ingin tahu atau dapatkan nasihat dan pandangan.

“Saya tidak dikongkong. Beliau beri saya ruang untuk beri idea dan pandangan dalam perbincangan,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71853

Posted by on Jun 6 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE