Wan Azizah ikrar perangi penderaan seksual kanak-kanak

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berikrar untuk memulakan langkah bagi menangani masalah penderaan dan kekurangan zat kanak-kanak.

Dr Wan Azizah yang mempunyai sembilan cucu dan merupakan menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat berkata beliau akan melakukan sesuatu berkenaan kelemahan dasar untuk melindungi kanak-kanak daripada penderaan seksual.

“Anda perlu memastikan perkara ini terus diberi perhatian. Ini merupakan isu penting,” katanya dalam wawancara dengan The Malaysian Insight.

“Ini adalah perkara yang dianggap ‘taboo’ untuk dibincangkan, namun, kita harus melakukannya secara terbuka.

“Jika anda melihat sebarang aduan, anda tidak boleh menutup mata. Mesej itu mesti disebarkan disampaikan – selamatkan kanak-kanak,” beliau dipetik berkata.

Wan Azizah berkata beliau terkejut apabila meneliti mengetahui dapatan laporan Protect and Save the Children berkenaan penderaan seksual yang tinggi di kalangan 2,000 kanak-kanak.

Kajian itu, yang diklasifikasikan di bawah Akta Rahsia Rasmi oleh kerajaan Barisan Nasional sebelum ini dan dijalankan lebih 10 tahun yang lalu mendapati pesalah selalunya orang dewasa yang hampir dengan kanak-kanak, termasuk ahli keluarga dan guru agama.

“Saya terkejut. Kementerian sendang melihat semua perkara ini. Kita perlu pergi kepada punca permasalahan ini. Saya diberitahu ia berada di bawah siasatan polis.

“Mangsa-mangsa sudah dewasa kini. Kita perlukan perkembangan terkini,” kata Wan Azizah, yang sedang berusaha mendapatkan laporan itu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71884

Posted by on Jun 14 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE