Wan Azizah: Jemput pemerhati PRU yang berwibawa

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengundang pemerhati yang lebih berwibawa untuk pilihan raya umum ke-14.

Menurutnya, jemputan buat pemerhati daripada Myanmar dan Kemboja seperti yang dilakukan pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak wajar berulang.

“Ini kerana Myanmar pada saat ini mempunyai rekod buruk dengan isu berkaitan hak asasi manusia dan pendemokrasian serta Kemboja dipimpin Hung Sen menindas pembangkang juga mencengkam demokrasi.

“Saya menggesa undangan dipanjangkan kepada pemantau pilihan raya antarabangsa dari negara berwibawa,” katanya ketika berbahas menyokong titah ucapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V semasa sidang Dewan Rakyat hari ini.

Presiden KEADILAN merangkap anggota Parlimen Permatang Pauh itu turut menggesa SPR agar mengadakan tempoh kempen selama sekurang-kurangnya tiga minggu.

“Berbanding beberapa PRU lalu dengan tempoh kempen singkat, pada pilihan raya umum ke-14 nanti saya mencadangkan SPR mempertimbangkan ia diadakan tidak kurang 21 hari,” katanya.

Pilihan raya umum dijangka akan diadakan pada bila-bila masa dengan pemerhati politik meramalkan Parlimen akan dibubar pada minggu ketiga bulan ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71421

Posted by on Mar 7 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE