Wan Azizah: Keluar mengundi untuk protes sabotaj SPR

Mereka yang berdaftar sebagai pemilih diseru keluar mengundi beramai-ramai bagi memprotes sabotaj yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap penyandang kerusi Parlimen Batu, Tian Chua.

Tindakan itu perlu dilakukan, kata calon timbalan perdana menteri Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sebelum gabungan pembangkang itu mereformasikan SPR kelak.

“Masanya sudah tiba untuk kita menjamin ketelusan dan kemodenan sistem pilihan raya seperti yang terkandung dalam Janji 17 Buku Harapan Membina Negara Memenuhi Harapan.

“Rakyat perlu menzahirkan protes mereka terhadap sabotaj ini dengan keluar mengundi beramai-ramai dan mengundi Parti Keadilan Rakyat yang mewakili Pakatan Harapan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau yang kesal dengan sabotaj itu berkata ia bertentangan sama sekali dengan dasar SPR.

“Insiden sabotaj terhadap Tian Chua dan juga calon DUN Rantau, Dr Streram Sinnasamy jelas bertentangan dengan dasar SPR untuk “memelihara, menyelia dan mengekalkan proses demokrasi di negara ini melalui pilihan raya yang bebas dan adil”.

“Masanya sudah tiba untuk kita menjamin ketelusan dan kemodenan sistem pilihan raya seperti yang terkandung dalam Janji 17 Buku Harapan Membina Negara Memenuhi Harapan,” katanya.

Pegawai pengurus pilihan raya, Anwar Mohd Zain pada Sabtu lalu menghalang Tian Chua daripada bertanding dengan membatalkan pencalonannya.

Alasan yang diberikan SPR adalah sabitan kesalahan melawan polis pada 2 Mac lalu sehingga menyebabkan Tian Chua didenda RM2000.

Tian Chua menyifatkan ia sebagai taktik kotor SPR kerana mahkamah sendiri mengekalkan statusnya sebagai anggota Parlimen sebelum ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71685

Posted by on Apr 30 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE