Wan Azizah luncur buku ‘Reformasi’ mengenang 17 tahun perjuangan rakyat

KUALA LUMPUR 11 OGOS: Buku ‘Reformasi: Perjuangan Diteruskan (1998-2015) telah diluncurkan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Ibu Pejabat Centre For Reform, Puchong, semalam.

Peluncuran buku itu bersempena ulang tahun kelahiran ke-68 Ketua Umum KEADILAN, saudara Anwar Ibrahim.

buku 1Karya Nik Nazmi Nik Ahmad dan Yee Siew Meng itu menjejaki setiap detik sejak era pemecatan Anwar pada September 1998 sehingga pemenjaraan semula tokoh reformasi itu pada tahun ini.

Nik Nazmi yang merupakan Ketua Angkatan Muda KEADILAN berkata, matlamat buku ini bagi menangkap perjalanan gerakan reformasi tersebut menerusi gambar-gambar dan menceritakan semula kisah-kisah penting sepanjang perjalanan tersebut yang merubah landskap politik tanah air.

“Penghasilan buku ini adalah agar anak-anak Malaysia sedar akan perjuangan ini, meneruskan prinsipnya dan akhirnya boleh mewarisi sebuah negara yang mengiktiraf kesemua mereka,” kata Nik Nazmi dalam ucapannya.

buku 2Menurut beliau, buku itu juga berperanan sebagai sebuah penghormatan kepada wira-wira berani, atau reformis yang telah banyak berkorban demi menuntut perubahan, mewakili golongan tertindas dan merealisasikan impian Malaysia yang adil dan saksama.

Nik Nazmi yang juga Exco Pendidikan Selangor merangkap Adun Seri Setia sebelum ini telah mengarang dua buku – Mendepani Zaman: Melayu untuk Abad ke-21 dan Coming of Age: a Decade of Essays 2001 to 2011 serta merupakan Penyunting Bersama Jiwa Merdeka: Himpunan Esi Pimpinan Muda KEADILAN.

Siew Meng pula merupakan ahli perniagaan mengikuti Reformasi sejak 1998 dan menjadi AJK KEADILAN di peringkat tempatan sejak penubuhannya. Anak tempatan Petaling Jaya itu juga merupakan Naib Ketua Cabang Kelana Jaya 2010-2014.

Buku setebal 220 halaman itu dijual pada harga RM60 senaskah terbitan Pusat Sepakat Sdn Bhd dan Centre For Reform.

Antara pimpinan KEADILAN yang hadir sama pada majlis peluncuran itu, Naib Presiden, Tian Chua, Rafizi Ramli dan Dr Xavier Jayakumar, Ketua Penerangan, Syed Ibrahim Syed Noh; Ahli Biro Politik, Dr Syed Husin Ali dan Bendahari, Dr Tan Yee Kew.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=67371

Posted by on Aug 11 2015. Filed under AKTIVITI & CERAMAH, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE