Wan Azizah merafak sembah takziah kepada kerabat Kedah

Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi pihak Pakatan Harapan dan parti merakamkan ucapan sembah takziah kepada kerabat diraja Kedah di atas kemangkatan Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah.

Almarhum baginda mangkat pada 2.30 petang tadi di Istana Anak Bukit di Alor Setar.

“Dengan perasaan yang sugul dan dukacita patik bagi pihak keluarga besar KEADILAN dan Pakatan Harapan merafak sembah takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Kedah Darul Aman Tuanku Hajah Haminah, anakanda serta seluruh kerabat baginda dan rakyat negeri Kedah di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

“Patik, seluruh saf kepimpinan dan anggota KEADILAN serta Pakatan Harapan berdoa agar Allah SWT mengurniakan keampunan dan melimpahkan rahmat buat almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim.

“Semog roh almarhum Tuanku ditempatkan bersama golongan yang soleh dan bertakwa,” kenyataan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dipetik.

Memetik Bernama, Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, mangkat hari ini pada usia 89 tahun, setelah memerintah Kedah selama 59 tahun.

Sultan berjiwa rakyat ini menghembuskan nafas terakhir pada pukul 2.30 petang, di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah.

Almarhum baginda yang kembali menaungi negeri setelah bersemayam di takhta pemerintahan negara selama lima tahun pada 12 Dis 2016, melakar sejarah tersendiri apabila ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong, Ketua Negara Malaysia, sebanyak dua kali.

Pelantikan pertama ialah sebagai Yang di-Pertuan Agong Kelima pada 21 Sept 1970 untuk tempoh lima tahun hingga 20 Sept 1975.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70494

Posted by on Sep 11 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE