Wan Azizah optimis pimpinan DAP mampu perkuat Harapan

Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yakin barisan kepimpinan baharu Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang dipilih hujung minggu lalu akan memperkukuhkan usaha Pakatan Harapan untuk ke Putrajaya.

Dalam kenyataan ringkasnya, Presiden Pakatan Harapan itu yakin saf kepimpinan ini akan sekaligus menamatkan sebarang isu Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan parti tersebut.

“Saya percaya dengan lengkapnya pemilihan CEC DAP ini, maka kesemua isu yang dibangkitkan ROS telah berjaya diselesaikan dengan baik.

“Semoga saf pimpinan DAP yang diiktiraf ini akan mengukuhkan persiapan DAP serta Pakatan Harapan untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 nanti.

“Ayuh kita terus bergerak menuju Putrajaya!” katanya.

Pemilihan semula anggota CEC DAP diadakan selepas ROS memutuskan senarai perwakilan yang digunakan pada pemilihan 2013 adalah tidak sah.

Pemilihan CEC pada asalnya diadakan pada 2012 namun ia didapati mengandungi kesilapan teknikal.

DAP kemudian secara sukarela membuat pemilihan semula pada 2013. Semua pemimpin yang dilantik menjalankan tugas seperti biasa sehinggalah ROS membuat ketetapan baru pada 7 Julai lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70775

Posted by on Nov 14 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE