Wan Azizah pendekkan lawatan ke United Kingdom

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memendekkan lawatan rasmi tiga hari beliau ke United Kingdom, bagi menghadiri satu mesyuarat penting Majlis Presiden Pakatan Harapan di ibu negara pada Sabtu.

”Saya mempunyai satu pertemuan dan mesyuarat dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad iaitu (mesyuarat) Majlis Presiden Pakatan Harapan. 

“Saya sebagai Presiden Pakatan Harapan mesti hadir,” katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi beliau ke United Kingdom.

Semua program presiden KEADILAN pada hari terakhir lawatannya ke negara itu dibatalkan.

Dr Wan Azizah kini adalah Pengerusi Majlis Penasihat KEADILAN selepas tidak mempertahankan jawatan presiden selepas memimpin parti selama 20 tahun.

Anggota Parlimen Pandan itu tiba di London pada Rabu bagi lawatan rasmi sulungnya ke United Kingdom selepas dilantik dalam barisan Kabinet Malaysia pada 21 Mei susulan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72673

Posted by on Dec 7 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE