Wan Azizah pernah ditawar jawatan PM

Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendedahkan bahawa beliau pernah ditawarkan menjadi perdana menteri selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas.

Dr Wan Azizah yang juga timbalan perdana menteri berkata Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V membuat tawaran itu kerana beliau adalah Presiden KEADILAN – parti yang simbolnya digunakan gabungan pembangkang pada masa itu.

“Bagaimanapun, saya menolak tawaran itu kerana kita berpegang kepada janji bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi perdana menteri dan saya menjadi timbalan perdana menteri,” katanya ketika berucap kepada kira-kira 200 orang rakyat Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta malam tadi.

Menjawab soalan seorang daripada hadirin tentang penilaian prestasi jemaah menteri, Dr Wan Azizah berkata ia masih terlalu awal untuk dinyatakan.

“Beri kami sedikit masa kerana kami masih dalam ‘learning curve’ (keluk pembelajaran),” katanya memetik laporan Bernama.

Dr Wan Azizah mengadakan lawatan kerja sehari ke Indonesia semalam.

Ia adalah lawatan pertamanya ke negara jiran itu selepas dilantik sebagai timbalan perdana menteri pada 21 Mei lepas.

Beliau turut meluangkan masa melakukan kunjungan hormat kepada Presiden Indonesia, Joko Widodo di Istana Bogor, Jawa Barat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72409

Posted by on Oct 10 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE