Wan Azizah: PRU14 pilihan raya yang amat mencabar

Presiden Pakatan Harapan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan pilihan raya umum ke-14 ini sebagai pilihan raya umum yang sangat mencabar.

Justeru katanya, setiap pengundi perlu memanfaatkan undi mereka sebaik-baiknya.

“Pilihanraya kali ini amat getir. Setiap satu undi sangat berharga. Buatlah pilihan bijak demi masa depan kita semua,” tulisan beliau di laman Facebook dipetik.

Pilihan raya umum ke-14 dijangka diadakan pada bila-bila masa seawal April ini dan selewat-lewatnya pada bulan Ogos.

Sementara itu, Pakatan Harapan menerusi DAP hari ini menuntut agar sebuah jawatankuasa pilihan Parlimen dibentuk bagi meneliti draf persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika ia dibentang di Parlimen pada Khamis ini.

Gesaan itu diajukan Ketua Parlimen DAP “, Lim Kit Siang yang menegaskan bahawa masa secukupnya diperlukan untuk meneliti draf itu.

“Parlimen tak boleh menjadi rubber stamp (cap getah). Ia perlu diberi masa untuk meneliti laporan dan mengkaji serta mengambil keputusan.

“Saya cadangkan supaya satu PSC dibentuk untuk mengkaji laporan SPR sebelum undian dibuat. Jawatankuasa itu sepatutnya diberi sekurang-kurangnya empat minggu untuk meneliti cadangan tersebut,” kata Lim.

Menurutnya lagi, kerajaan juga perlu mengambil kita bantahan yang difailkan parti-parti politik terhadap cadangan persempadanan semula itu.

“SPR telah memperuntukkan sedikit masa menyediakan laporan mengenai persempadanan semula tetapi kajian semula tidak dijalankan mengikut Perlembagaan.

“Di Selangor, masih terdapat kira-kira 200 penandatangan petisyen yang memohon membantah SPR masih belum dipanggil supaya kes mereka didengar,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71481

Posted by on Mar 19 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE