Wan Azizah: Raikan kepelbagaian, pertahankan keharmonian

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyambut baik seruan Raja-raja Melayu agar rakyat di negara ini terus hidup secara bertoleransi di antara satu sama lain dalam suasana kepelbagaian agama dan kaum.

Menurut Presiden Pakatan Harapan itu, rakyat perlu mengambil serius kegusaran Raja-raja Melayu terhadap kemungkinan tercetusnya bibit-bibit yang boleh mencetuskan pergeseran di antara kaum dan agama.

“KEADILAN menjunjung tinggi keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

“Seperti mana titah ke bawah duli-duli Tuanku, lima prinsip Rukun Negara haris dijadikan panduan dan pedoman semua pihak,” katanya dalam kenyataan.

“Sesungguhnya kepelbagaian dan kerencaman agama, bangsa dan budaya merupakan rahmat kekuatan kita.

“Kepelbagaian dan kerencaman itu harus diraikan.

“Keharmonian di antara rakyat negara ini harus dipertahankan,” kata Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Majlis Raja-Raja Melayu sebelum ini memandang berat isu perpaduan dan hubungan harmoni di kalangan rakyat berbilang agama dan berbilang kaum di negara ini.

Menurut kenyataan media Majlis Raja-Raja Melayu yang ditandatangani oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Melayu Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad, majlis tersebut bertitah agar rakyat wajib memahami dan menghormati prinsip-prinsip utama yang terkandung di dalam Perlembagaan Negara.

Pedoman tersebut dikeluarkan susulan kontroversi dobi untuk ‘Muslim sahaja’ di Johor baru-baru ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70638

Posted by on Oct 12 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE