Wan Azizah: Samseng bazar Ramadan terlepas peluang berdakwah

KUALA LUMPUR 13 JUN: Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kesal dengan tindakan sekumpulan samseng menghalang Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong daripada mengedarkan kurma di bazar Ramadan Bandar Kluang.

Dalam kenyataannya, Wan Azizah berkata tindakan tersebut tidak selaras dengan ajaran Nabi Muhammad dan Islam serta tidak selari dengan semangat bulan Ramadan.

“Bulan ini merupakan bulan yang menyediakan ruang untuk mendalami pemahaman tentang Islam – di kalangan yang beragama Islam mahupun yang bukan beragama Islam – dan merupakan peluang terbaik untuk berdakwah dengan hikmah dan berhemah.

“Malangnya peluang ini dilepaskan akibat tindakan sekelompok yang tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Ahli Parlimen Permatang Pauh itu, niat Liew untuk mengedar kurma adalah niat baik yang tidak perlu dihalang.

Katanya lagi, niat Liew adalah jelas iaitu untuk mendekati dan memesrai penganut Islam di sekitar Kluang.

“Malah mengedar kurma, bubur lambuk dan beberapa juadah lain menjadi kelaziman bukan sahaja bagi pimpinan politik malah juga pertubuhan bukan kerajaan dan orang ramai,” katanya lagi.

Pada 10 Jun lalu, Liew dihalau keluar dari bazar Ramadan berkenaan ketika mengagihkan sumbangan buah kurma kepada pengunjung di situ.

Ini adalah kali kedua Liew dihalau keluar dari bazar yang sama, sejak 2014.

Laporan berita mengesahkan polis menahan dua lelaki selepas mereka menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang kira-kira jam 1.40 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohamad Laham berkata hasil soal siasat seorang daripada suspek mengaku menumbuk anggota rombongan terbabit ketika dia mengedar kurma, manakala seorang lagi suspek mengaku menolak mangsa yang lain.

“Empat lagi┬ásuspek sedang dikesan dan akan ditahan tidak lama lagi bagi membantu siasatan kes ini,” katanya semalam, memetik Malaysiakini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70098

Posted by on Jun 13 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE