Wan Azizah sarankan keluarga Adib kurangkan pelawat

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyarankan kelurga anggota bomba, Muhammad Adib yang kini berada di Institut Jantung Negara (IJN) agar mengurangkan jumlah pelawat.

Saranan itu diberikan beliau yang juga seorang doktor kesihatan menziarahi Adib yang cedera teruk kerana dibelasah perusuh Kuil Sri Maha Mariamman di USJ.

“Selepas mendengar berita berkenaan Muhammad Adib ketika di Qatar, terus saya sampaikan hasrat untuk ziarah beliau. 

“Alhamdulillah petang tadi saya berkesempatan untuk menziarah beliau. 

“Saya doakan beliau diberi kesembuhan yang sempurna. 

“Saya turut nasihatkan pihak IJN dan keluarga untuk kurangkan menerima pelawat demi kebaikan Muhammad Adib,” katanya menerusi akaun Facebook.

Turut menziarahi Muhammad Adib hari ini adalah Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah.

Muhammad Adib yang diletakkan dalam keadaan koma secara perubatan di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur dilaporkan sudah sedar dan menunjukkan perkembangan positif pagi ini

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72642

Posted by on Nov 30 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE