Wan Azizah sebak kenang masa depan negara

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebak apabila mengenangkan nasib masa depan negara di bawah pentadbiran kerajaan sedia ada.

Bercakap pada forumPertembungan Tiga Penjuru: Kemenangan Pakatan Harapan semalam, Wan Azizah yang juga merupakan ketua pembangkang itu berkata beliau terlibat dalam politik tanpa sengaja tetapi terus berbakti demi negara.

“Saya ini sebenarnya isteri ahli politik, bukannya terlibat dengan politik tetapi keadaan atau tragedi yang memungkinkan  saya untuk sama-sama dalam perjuangan ini.

“Antara sebab saya turut sama dalam perjuangan ini sebab inginkan masa depan yang lebih baik dalam menabur bakti pada negara.

“Walaupun ada banyak perkara yang belum dapat dicapai tapi apa yang penting adalah usaha telah dilakukan,” katanya sambil mengalirkan air mata, lapor Sinar Online.

Presiden KEADILAN itu turut meminta maaf kepada hadirin forum kerana bertukar menjadi emosional dalam ucapannya itu.

“Saya minta maaf kerana emosi tetapi saya seorang ibu, jadi saya risaukan masa depan anak-anak saya di negara.

“Saya nak lihat masa depan yang lebih baik buat anak tapi apakan daya kita boleh lakukan sesuatu dan berharap agar perubahan dapat dilakukan,” katanya lagi.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70671

Posted by on Oct 23 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE