Wan Azizah terima anugerah Sayyidatina Khadijah

(Oleh: Aliff Fikri)

 

SHAH ALAM 2 Feb: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerima¬† Anugerah Khas ‘Sayyidatina Khadijah’ pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013, anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) hari ini.

wawi (3)Anugerah berkenaan diberikan atas keberanian beliau menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan.

Ia disempurnakan Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadzil bertempat di Auditorium Jubli Perak, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS).

ABIM turut memberi Anugerah Khas ‘Sayyidatina Aishah’ kepada mantan pensyarah Jabatan Fizik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), mantan Ketua Helwa ABIM, tokoh aktivis, sains dan dakwah iaitu Allahyarhamah Profesor Dr Khadijah Salleh.

Himpunan dengan tema ‘Kesatuan Fikrah, Kesatuan Matlamat’ turut dimeriahkan dengan nasyid Asmaul Husna dan nyanyian lagu rasmi ABIM.

Juara Akademi Al-Quran musim ke 4 terbitan TV9, Ahmad Tarmizi Ali turut menyerikan majlis dengan bacaan Surah At-Tahrim di depan lebih 500 hadirin.

wawi (1)Turut hadir Penasihat Ekonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah, Ketua Penerangan KEADILAN, Dr Muhd Nur Manuty, Pengarah Biro Latihan KEADILAN, Mustaffa Kamil Ayub dan pimpinan lain.

Sebelum ini, pada 12 Julai 2008, Wan Azizah dikurniakan darjah kebesaran Pulau Pinang iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri yang membawa gelaran Datuk Seri sempena ulangtahun Yang Dipertuan Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44251

Posted by on Feb 2 2013. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE