Wan Azizah tolak politik toksik memangsakan wanita dan keluarga

Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa agar persekitaran politik yang lebih sihat dipupuk demi mengelakkan tragedi yang menimpa keluarganya daripada turut sama dialami orang lain.

Beliau yang dipercayai merujuk kepada Fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat seruan itu sewaktu bercakap pada rapat umum Wanita Bantah Politik Toksik di Kuala Lumpur semalam.

“Yang pentingnya negara kita yang sudah merdeka 60 tahun ini, kita mahukan politik yang bersih, janganlah sesiapa menjadi mangsa politik toksik.

“Percayalah, saya tahu rasanya kerana saya tahu dan pernah lalui,” katanya sewaktu berucap dari atas sebuah trak pikap di tengah-tengah ibu negara.

Katanya lagi, perselisihan pendapat perlu ditangani dengan baik dalam iklim politik semasa.

“Kalaulah berbeza pendapat, itu perkara biasa tetapi janganlah kita menganiaya sesiapa dalam kita hendak mengekalkan kuasa sesiapa,” kata presiden Pakatan Harapan merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Golongan wanita daripada pelbagai latar belakang mewarnai bandar Kuala Lumpur dengan warna ungu bagi menzahirkan semangat setiakawan mereka dalam menentang politik ‘beracun’ (toksik) menerusi perarakan tersebut.

Kira-kira 1,000 orang berarak dari pusat membeli belah Maju Junction ke arah Kompleks Pertama pada 5.45 petang untuk menyatakan penentangan wanita Malaysia terhadap perkembangan politik negara yang kian toksik dan diselubungi keganasan.

Turut sama menyertai perarakan itu adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, isteri bekas perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali, anaknya Marina Mahathir, pemimpin G25 Datuk Noor Farida, tokoh masyarakat DatukAmbiga Sreenevasan, dan aktivis wanita Suri Kempe.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=70489

Posted by on Sep 11 2017. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE