Wan Azizah yakin Anwar kemudi parti

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail optimis bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mampu memimpin parti ke tahap lebih tinggi apabila tokoh Reformasi itu memegang jawatan rasmi presiden selepas kongres nanti.

Dr Wan Azizah berkata demikian sewaktu mengucapkan tahniah kepada Anwar menerusi satu hantaran Facebook.

“Tahniah. Syukur ke hadrat Allah atas kemenangan sebagai presiden Parti Keadilan Rakyat.

“Pada kongres nanti, selepas 19 tahun, jawatan presiden akan diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengemudi bahtera perjuangan.

“Semoga dapat membawa parti dan negara ke tahap yang lebih cemerlang, Insya-Allah,” katanya.

Anwar bakal menduduki kerusi presiden KEADILAN yang baharu apabila tiada nama lain menghantar borang pencalonan untuk jawatan itu selepas proses penamaan calon untuk Pemilihan KEADILAN ditutup petang semalam.

Beliau sebelum ini merupakan ketua umum KEADILAN, satu jawatan tidak rasmi yanng diisinya selepqs beliau sebelum ini dihalang berpolitik secara rasmi kerana sabitan kes Fitnah I dan II.

Selepas Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke-14, Anwar mendapat pengampunan penuh diraja dan layak memegang jawatan politik.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72137

Posted by on Aug 6 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE