Wan Azizah, Zuraida dan Azmin jadi menteri

Tiga pemimpin kanan KEADILAN hari ini sah tersenarai dalam kabinet kerajaan Pakatan Harapan.

Mereka adalah Timbalan Presiden KEADILAN Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang bakal menjadi menteri ekonomi, Ketua Wanita KEADILAN Zuraida Kamarudin mengisi jawatan menteri perumahan dan kerajaan tempatan dan Presiden KEADILAN Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menjadi menteri wanita dan pembangunan keluarga.

Perkara itu diketahui menerusi pengumuman Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang berbuat demikian selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Mahmud V, petang tadi.

Jemaah menteri yang baru ini dijangka mengangkat sumpah di Istana Negara pada 11.30 pagi 21 Mei 2018.

Berikut adalah senarai penuh menteri kerajaan Pakatan Harapan:

PERDANA MENTERI

Tun Dr Mahathir bin Mohamad (Bersatu – Langkawi)

TIMBALAN PERDANA MENTERI

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (KEADILAN – Pandan)

BERSATU

Menteri Dalam Negeri:

Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)

Menteri Pendidikan:

Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)

Menteri Pembangunan Luar Bandar:

Rina Harun (Titiwangsa)

KEADILAN

Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga:

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan)

Menteri Hal Ehwal Ekonomi:

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak)

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan:

Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP

Menteri Kewangan:

Lim Guan Eng (Bagan)

Menteri Pengangkutan:

Anthony Loke Siew Fook (Seremban)

Menteri Komunikasi dan Multimedia:

Gobind Singh Deo (Puchong)

Menteri Tenaga Manusia:

M Kulasegaran (Ipoh Barat)

AMANAH:

Menteri Pertahanan:

Mohamad Sabu (Kota Raja)

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani:

Salahuddin Ayub (Pulai)

Menteri Kesihatan:

Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71790

Posted by on May 18 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE