Wang penipuan Amalilio mungkin diguna Umno Sabah untuk PRU

(Oleh Aliff Fikri)

KUALA LUMPUR 11 Feb: Sebahagian wang hasil penipuan berjumlah hampir RM1 bilion oleh Manuel Karingal Amalilio yang dikaitkan sebagai anak saudara kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman kemungkinan disalur kepada Umno Sabah untuk kempen Pilihan Raya Umum (PRU).

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, R Sivarasa berkata, kemungkinan itu berdasarkan pertalian antara Amalilio dan Musa.

“Kita mendapat pengesahan dari pihak berkuasa Filipina yang menyatakan wang tersebut dibawa masuk ke Sabah.

Sivar“Saya mengesyaki kemungkinan sebahagian wang tersebut nanti akan diguna pimpinan Sabah untuk tujuan PRU kerana hubung kait beliau dengan Musa Aman,” katanya kepada Keadilan Daily.

Beliau turut menempelak tindakan pihak berkuasa yang cuba untuk menutup kes ini.

“Polis sepatutnya memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Filipina kerana kes ini adalah kes berprofil tinggi melibatkan jutaan ringgit. Tapi sebaliknya terjadi, polis menghalang penghantaran pulang beliau dan mensabitkan beliau dengan kesalahan lain.

“Ini merupakan langkah untuk menutup kes jenayah sebenar untuk melindungi pihak yang terbabit dengannya,” ujar Sivarasa.

Amalilio atau nama sebenarnya, Mohammad Kamal Saaid merupakan individu paling dikehendaki di Filipina selepas terlibat penipuan skim cepat kaya membabitkan wang sebanyak RM895 juta.

Media sebelum ini melaporkan Amalilio ditahan 22 Januari lepas di Ranau, Sabah sebelum pihak berkuasa Filipina menghantar pasukan bagi membawanya pulang untuk berdepan pertuduhan di negara itu.

Bagaimanapun, 10 minit sebelum Amalilio dan ejen Biro Siasatan Kebangsaan Filipina menaiki pesawat, polis Malaysia menahan mereka atas alasan pasport Filipina yang dimiliki suspek adalah palsu dan dia rakyat Malaysia.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=44761

Posted by on Feb 11 2013. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google