Wanita Harapan desak Putrajaya kaji langkah cegah kahwin bawah umur

Wanita Pakatan Harapan menggesa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk menilai semula langkah bagi membasmi perkahwinan bawah umur di Malaysia.   

Menurut ketuanya, Zuraida Kamaruddin, purata usia perkahwinan melibatkan mereka yang di bawah umur ini adalah lima tahun sahaja.

“Ini mendatangkan masalah lain dalam masyarakat apabila ibu-ibu yang terlalu muda ini terpaksa dibebankan dengan tugas menjaga anak kecil, sedangkan mereka juga belum lagi matang untuk memikul tanggungjawab sebegitu besar,” kenyataan beliau dipetik.

Menurut menteri perumahan dan kerajaan tempatan itu, perkahwinan sedemikian harus dicegah daripada berlaku.

“Wanita Harapan berpendirian tegas bahawa perkahwinan bawah umur harus dibanteras dan perkara ini tidak patut terjadi di Malaysia. 

“Di Malaysia, kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun diberi perlindungan khas dan dikawal di bawah Akta Kanak-kanak 2001 yang diluluskan bagi tujuan menjaga kepentingan kanak-kanak, ” kata Zuraida lagi.

 

Beliau turut menyeru institusi perundangan Islam mengambil sikap lebih tegas dalam isu ini.

“Jangan disebabkan oleh perkara seperti ini agama Islam yang syumul dilihat sebagai sesuatu yang negatif, hanya kerana Mahkamah Syariah membenarkan perkahwinan kanak-kanak untuk terus berlaku,” katanya.

Awal pagi ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menerusi Setiausaha Sulit beliu Rodziah Ismail menyatakan komitmen untuk membendung perkahwinan sebegini.

Isu perkahwinan bawah umur mendapat perhatian ramai apabila seorang peraih getah berumur 41 tahun bernikah dengan kanak-kanak perempuan 11 tahun dan menetap di Gua Musang Kelantan sejak 18 Jun lalu.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72000

Posted by on Jul 11 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE