Wanita KEADILAN desak polis siasat skandal tanah Raja Ropiaah

Pembongkaran skandal Ketua Wanita UMNO Selangor iaitu Tanah Raja Ropiaah Raja Abdullah yang telah dianugerahkan tanah seluas 223 ekar dan wang RM27 juta bagi membina Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) yang sepatutnya siap pada tahun 2011 tetapi masih belum siap sepenuhnya, diteruskan dengan tindakan membuat laporan polis oleh Wanita Keadilan seluruh Malaysia selepas hari ini di balai polis berhampiran mereka.

Laporan polis ini dibuat bertujuan untuk mendesak semua pihak yang berwajib seperti Polis DiRaja Malaysia, Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan rapi ke atas pemberian projek PUSPAHANAS seterusnya pemberian 223 ekar
tanah, kes penyelewengan wang Tabung Pencen Tentera ini yang jelas ada unsur salah guna kuasa oleh pemimpin UMNO.

Ini kerana walaupun telah dibongkar skandal tersebut, namun masih tiada sebarang tindakan atau tindakbalas daripada mana-
mana pihak.

Mana mungkin tanah yang sememangnya milik Tentera “dibeli semula” oleh Tentera melalui “Bakti Wira Development Sdn Bhd”,
iaitu sebuah anak syarikat milik Bousted Holdings (M) Bhd? Dan, mana mungkin sebuah syarikat yang membuat berus gigi
iaitu Guppy Unip Sdn Bhd mampu membina sebuah Pusat dalam kapasiti sebagai rakan kongsi jika tiada pengalaman dalam bidang
pembinaan?

Siasatan ini amat perlu kerana rakyat patut disedarkan bahawa Senator Raja Ropiaah Raja Abdullah yang dilantik senator
menggantikan Datuk Seri Shahrizat, kini terlibat dalam skandal yang mirip Shahrizat yang sebelum ini dikaitkan dengan
skandal projek lembu (NFC) yang gagal.

Hanya sebagai pimpinan Wanita UMNO Selangor, beliau telah dianugerahkan projek bernilai ratusan juta ringgit, bagaimana
jika beliau menggantikan Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO Pusat kelak?

Persoalannya, ke manakah wang itu dilesapkan? Wang rakyat di”sapu” sewenang-wenangnya demi memewahkan pemimpin UMNO yang memang sedia korup.

Bermula dengan pemimpin tertinggi Wanita UMNO dengan skandal projek lembu, kini diikuti pemimpin Wanita UMNO peringkat
negeri dengan skandal tanah pula. “Legasi” korup ini mesti dihapuskan sama sekali dan tindakan tegas oleh pihak berwajib
disegerakan.

Wanita Keadilan akan berterusan membongkar skandal Tanah Raja Ropiaah ini sehingga beliau ‘muncul” untuk memberikan
justifikasi dan penjelasan yang boleh diterima oleh rakyat.

Namun dalam hal ini, Wanita Keadilan berpendapat semestinya tiada jawapan yang bernas mampu diungkapkan pemimpin ini
kerana fakta kes amat terang dengan bukti yang cukup nyata wujudnya salah guna kuasa dan penyelewengan. Bahkan, mulutnya
mungkin telah “dikunci” untuk memberi sebarang respon kepada semua pihak.

Oleh itu, Wanita Keadilan sekali lagi mendesak agar siasatan teliti dijalankan kerana laporan polis ini menjadi pemangkin
kepada pihak berwajib menjalankan siasatan dan dakwaan dengan kadar segera.

HAJAH HANIZA TALHA

Naib Ketua Wanita Keadilan Pusat
Parti Keadilan Rakyat

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=43867

Posted by on Jan 25 2013. Filed under KENYATAAN MEDIA. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google