Wanita KEADILAN sokong Azmin tolak politik kotor

Wanita KEADILAN menegaskan Timbalan Presiden, Azmin Ali wajar terus fokus kepada amanah untuk memajukan dan membangunkan negara walaupun berdepan cubaan getir dalam karier politiknya.

“Kita (Wanita KEADILAN) menolak politik kotor yang dirancang pihak tertentu.

“Sebab itu kita harus sepakat bersama-sama menyokong kepimpinan dalam menghadapi ujian ini,” katanya pada sidang media di Rumah Terbuka Wanita KEADILAN di Ibu Pejabat KEADILAN, hari ini. 

Haniza berkata, satu laporan polis akan dibuat di seluruh negara melibatkan sayap wanita KEADILAN di setiap negeri kerana merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan penyebaran video sumbang yang cuba mengaitkan Azmin.

Beliau juga menyeru Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) supaya bertindak segara ke atas mereka yang mengedarkan video berkenaan.

“Saya tahu kemampuan SKMM dalam mengesan sumber daripada mana video tersebut didapati.

“Malah, SKMM perlu bersiap sedia untuk menghadapi situasi ini dan tindakan segera diambil kepada sesiapa yang mengedar video itu.

“Sebab dengan cara ini sajalah kita dapat membanteras pihak yang sewenang-wenangnya menggunakan Internet untuk tujuan yang jahat,” katanya. 

Semalam, Haziq Abdullah Abdul Aziz ditahan di balai pelepasan KLIA sebelum menaiki penerbangan ke Manila selepas video beliau mengaku terlibat dalam video sumbang dimuatnaik ke akaun Facebook miliknya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73612

Posted by on Jun 15 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE