Warga Sungai Kandis bertahlil untuk Shuhaimi

Lebih 1,000 orang penduduk Sungai Kandis menganjurkan majlis tahlil selama tiga hari berturut-turut untuk arwah Shuhaimi Shafiei di kebanyakan masjid dan surau kawasan itu.

Timbalan Pengerusi Masjid An Naim Jalan Kebun, Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata, tahlil itu dilangsungkan untuk mengenang jasa Shuhaimi sebagai Ahli Dewan Negeri Sri Muda dan Sungai Kandis, lapor Selangorkini.

“Majlis itu sebagai tanda terima kasih dan mengenang jasa baik dilakukan Allahyarham selama dua penggal menjadi wakil rakyat.

“Beliau mudah dihubungi dan ringan tulang untuk membantu. Kalau tidak sempat mengangkat panggilan telefon, pasti dia akan membalas pesanan disampaikan melalui media sosial”, katanya.

Menurutnya, Shuhaimi juga berjasa dalam membina Masjid Al Falah Jalan Kebun.

“Masjid Al Falah Jalan Kebun antara usaha beliau untuk memastikan keselesaan penduduk dalam menjalani ibadah kerana sebelum ini solat Jumaat hanya diadakan di Masjid An Naim yang agak jauh sebelum dinaik taraf.

“Kami di sini mengharapkan supaya pemimpin yang akan menggantikan Allahyarham dapat meneruskan agenda membangun desa dan kota yang aman serta sejahtera dengan penuh keikhlasan juga semangat untuk membela nasib rakyat di kawasan ini,” katanya.

Shuhaimi yang juga bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meninggal dunia pada 2 Julai lalu kerana kanser kerana kanser limfoma.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71979

Posted by on Jul 6 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE