Warta Keadilan Kini Di Pasaran

Selepas hampir tiga bulan tanpa sebarang penerbitan, akhbar Parti Keadilan Rakyat kembali ke pasaran mulai hari ini dengan judul “Warta Keadilan”.

Antara isu yang dilaporkan dalam keluaran kali ini adalah wawancara bersama Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution, yang menjawab tohmahan pihak-pihak tertentu berkenaan tataurus dan perjalanan Pemilihan KEADILAN 2010.

Siri kali ini menyiarkan analisis terhadap kepincangan perjalanan kes fitnah kedua terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ulasan berkenaan penyelewengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi.

Akhbar tidak berkala dengan jumlah 32 muka surat ini diterbitkan oleh Parti Keadilan Rakyat. Ia dijual pada harga RM2 senaskah di Semenanjung dan RM3 di Sabah dan Sarawak.

Untuk berita penuh, dapatkan akhbar Warta Keadilan di pasaran sekarang. Maklumat lanjut, sila hubungi 03-22724045.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19

Posted by on Nov 11 2010. Filed under NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google