Warta Tasik Chini sebagai Taman Negara, tangani pemusnahan alam

(Oleh Lee Chean Chung )

Lawatan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi ke Tasik Chini semalam sempat memberikan satu fakta yang tepat, iaitu masalah Tasik Chini masih kritikal biarpun telah dibangkit sejak lebih 10 tahun lepas.
tasik-chiniDengan menyifatkan pencemaran Tasik Chini adalah berpunca daripada limpahan air Sungai Pahang, Wan Junaidi tidak memberikan gambaran sebenar dan penuh, malahan cuba mengelirukan orang awam. Sebelum ini, air Sungai Pahang melimpah masuk ke Tasik Chini beberapa kali setahun sebelum pembinaan empangan dan tiada sebarang pencemaran berlaku. Adakah pencemaran sekarang berpunca daripada empangan tersebut yang menyekat keluar masuk air Tasik Chini?

Di simpang itu, Laporan UKM sejak tahun 2004 telah membuktikan bahawa pembalakan, perlombongan haram dan perladangan akan menjejaskan mutu Tasik Chini.[1] Pakar-pakar lain seperti Prof. Maketab Mohamed juga mengesahkan perkara ini. Mengapa tiada penguatkuasaan? Mengapa aktiviti-aktiviti tersebut tidak dibendung? Mengapa tiada seorangpun yang diambil tindakan sehingga hari ini?

Pemusnahan alam Tasik Chini turut mengganggu kehidupan Orang Asli setempat. Air Tasik Chini yang dulu menjadi sumber air mereka masih tidak boleh digunakan sebagai air minuman. Di samping kekurangan sumber hasil ikan yang diakibatkan oleh pencemaran Tasik Chini, pembalakan dan pelombongan secara besar-besaran di kawasan berhampiran telah menceroboh tanah adat orang asli. Orang Asli telah kehilangan tempat mengutip hasil perhutanan dan tempat menjalani pemburuan. Keadaan ini turut mengganggu kehidupan, budaya dan tradisi Warga Jakun yang amat bergantung kepada sumber hutan.

Wan Junaidi juga tidak memaklumkan bahawa kemerosotan mutu alam sekitar turut mengakibatkan kepupusan flora dan fauna di Tasik Chini. Tasik Chini terkenal dengan pelbagai spesies ikan dan burung di mana 30 spesies ikan, 98 spesies burung, 22 spesies mamalia, 3 spesies amphibia dan 12 jenis reptilia yang dulu dapat ditemui di Tasik Chini ini sukar ditemui akibat daripada pencemaran di Tasik Chini. Daripada haiwan berkenaan, 6 jenis burung, 2 jenis mamalia dan tiga jenis reptilia merupakan haiwan jenis pupus yang sukar ditemui.[2]

Selagi pendekatan holistik tidak digunapakai, selagi semua pihak yang terlibat seperti Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Tanah dan Daerah, Pejabat Tanah dan Galian, Akademik, NGO-NGO dan masyarakat setempat tidak dilibatkan dalam proses pemuliharaan, masalah Tasik Chini tidak akan selesai.

Satu-satu cara untuk menginstitusikan mekanisme bersepadu adalah dengan mewujudkan satu badan kekal yang ditugaskan khas untuk menyelaraskan tugas-tugas pemeliharaan, pemuliharaan, pelancongan dan penguatkuasaan Tasik Chini. Saya mencadangkan kepada Jawatankuasa Khas Tasik Chini yang diketuai Wan Junaidi supaya mewartakan Tasik Chini sebagai Taman Negara/Taman Negeri serta mewujudkan Perbadanan Tasik Chini untuk memastikan kelestarian tasik naga Pahang tersebut.

  • Lee Chean Chung merupakan Adun Semambu merangkap Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=69852

Posted by on Apr 18 2017. Filed under BERITA UTAMA, KENYATAAN MEDIA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE