Wisma Putra alu-alukan Timor Leste sertai ASEAN

Malaysia menyokong penuh penyertaan Timor Leste sebagai negara anggota ASEAN yang ke-11 berikutan kedudukannya yang terletak di dalam rantau Asia Tenggara.

Menteri Luar Negeri, Saifuddin Abdullah berkata penerimaan Timor Leste sebagai negara anggota baru selaras dengan Perkara 6 dalam Perlembagaan ASEAN.

Malah katanya, keakraban antara Malaysia dan Timor Leste sudah sedia terjalin menerusi hubungan diplomatik dalam beberapa bidang termasuk ekonomi, kesihatan, keselamatan dan pembangunan sumber manusia.

”Malaysia antara beberapa negara yang paling awal mengiktiraf dan menubuhkan hubungan diplomatik dengan demokratik diplomatik Timor Leste. Setelah ia mencapai kemerdekaan daripada Republik Indonesia pada 20 Mei 2002.

“Saya telah mengulangi sokongan Malaysia kepada Timor Leste semasa bertemu menteri Luarnya Dr. Dionísio da Costa Babo Soares ke Putrajaya pada 1-2 Julai lalu,” katanya menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera) di Parlimen.

Menjawab soalan tambahan berhubung penerimaan negara luar terhadap Timor Leste, Saifuddin memaklumkan sokongan sama turut dinyatakan negara anggota lain.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73747

Posted by on Jul 11 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE