Wong Chen kecewa tiada sesi soal jawab PM

Anggota Parlimen Subang, Wong Chen kecewa dengan keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong yang mengumumkan tiada keperluan untuk mengadakan sesi khas Soal Jawab Perdana Menteri (PMQ) di Parlimen.

Wong berpendapat sesi itu amat mustahak untuk tujuan semak dan imbang Parlimen terhadap kuasa perdana menteri.

Pada masa sama katanya, keputusan untuk tidak meneruskan PMQ adalah satu pusingan-U kerajaan Pakatan Harapan.

“Ini satu lagi pusingan U terhadap manifesto reformasi kami.

“Tujuan mengadakan PMQ ialah agar perdana menteri lebih responsif dan bertanggungjawab.

“Pada masa ini, kuasa perdana meneri dalam demokrasi gaya Malaysia sangat luas dan luar dari kebiasaan,” katanya di Facebook semalam.

Menurut Wong, skandal 1MDB sebelum ini berlaku kerana bekas perdana menteri Najib Razak jarang hadir ke sidang Parlimen apatah lagi menjawab soalan anggota parlimen.

Semalam, Liew berkata tiada keperluan untuk PMQ kerana sudah ada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) iaitu pada setiap Selasa dan Khamis ketika parlimen bersidang.

Pengumuman itu bercanggah dengan manifesto pilihan raya Pakatan Harapan yang menjanjikan PMQ selama 30 minit setiap minggu sidang Dewan Rakyat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73664

Posted by on Jun 25 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE