YAWAS bentang laporan audit kepada lembaga pengarah

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) maklum akan Laporan Ketua Audit Negara 2018 tentang operasi mereka.

Malah, YAWAS juga membentangkan penemuan serta cadangan daripada laporan kepada ahli lembaga pengarahnya.

“Ia termasuk menambah baik prosedur operasi standard serta mekanisme kawalan dalaman bagi meningkatkan prestasi YAWAS.

“Kami sentiasa komited menambahbaik amalan tadbir urus korporat yang telus dan efektif seiring dengan visi syarikat untuk menjadi sebuah yayasan yang tersohor dalam pengurusan kebajikan anak-anak dan warga Selangor,” kata Pengurus Besar YAWAS, Gan Pei Nei dalam kenyataan.

Audit ke atas YAWAS mendapati badan itu memerlukan beberapa penambahbaikan yang selaras dengan amalan terbaik korporat.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73784

Posted by on Jul 18 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE