Zunar perangi perkauman dengan kartun

Kartunis satira tanahair, Zulkiflee Anwar Haque atau lebih dikenali sebagai Zunar akan melancarkan buku keduanya selepas rejim Umno-BN tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Buku dwi-bahasa bertajuk Kartun Anti Racism (KAR) itu diterbitkan selepas biografi “Fight Through Cartoons” yang diterbitkan pada Mei lepas.

Mengangkat tema ‘Keharmonian dalam menolak diskriminasi kaum’, komik terbaru beliau itu adalah kesinambungan kepada misinya untuk “membangun semula Malaysia”.

“Buku ini diterbitkan di saat api perbezaan dan ketegangan kaum semakin buruk dikobarkan dari hari ke hari oleh sesetengah pihak dan parti politik.

“Perkara ini dilihat semakin buruk, apabila pemimpin-pemimpin tertinggi kerajaan turut terlibat dalam politik negatif ini,” katanya dalam kenyataan.

“Tuhan menjadikan kita berbagai bangsa dan warna kulit bukan untuk saling membenci tetapi untuk saling mengenali dan menghormati.

“Bangsa apa untuk seseorang manusia bukan pilihan tetapi itu ketentuan Tuhan. Manusia tidak punya hak untuk bersifat rasis,” katanya lagi.

Kartun-kartun dalam KAR juga mendedahkan bahawa polarisasi kaum menyebabkan keadilan sosial menjadi tidak seimbang.

“Perkauman telah berakar umbi dalam masyarakat, kerana itu untuk merawat dan memulihkannya adalah satu tugas berat yang memerlukan penglibatan semua pihak – kerajaan dan rakyat.

“Sebagai kartunis, menjadi tanggunjawab saya untuk cuba memperbetulkan keadaan ini sekadar termampu melalui medium kartun,” katanya.

Majlis pelancaran akan berlangsung pada 12 tengah hari hingga 6 petang, Ahad ini, 10 November 2019 di Apom Store, Bangsar Village 1 Shopping Complex, Bangsar.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=74259

Posted by on Nov 8 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE