Zuraida bawa isu bomba ke Istana Negara

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamarudin membangkitkan soal elaun kritikal anggota bomba ketika mengadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi memberi taklimat Sambutan Hari Bomba Sedunia baru-baru ini.

Katanya, beliau menyembah maklum kepada baginda tentang kepentingan kebajikan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) khususnya berkaitan elaun kritikal.

“Baginda memang mengiktiraf kerja anggota bomba adalah satu kerja yang diperlukan setiap masa dan di mana-mana sahaja kerana skop kerja mereka yang luas dan bukan sekadar melibatkan kebakaran, banjir mahupun kemalangan.

“Atas dasar ini saya mohon agar baginda dapat melihat lebih mendalam kebajikan anggota bomba ini harus dipertingkatkan,” katanya.

Zuraida berkata, membalas respon itu, baginda turut bersetuju dengannya bahawa skop kerja anggota bomba memang berisiko dan amat penting.

“Saya melihat baginda mengambil maklum dan mencatit segala yang saya bangkitkan dan berharap baginda dapat tekankan semula isu ini kepada perdana menteri.

“Saya juga sudah berkali bangkitkan isu yang sama dengan perdana menteri.

“Bagaimanapun satu laporan maklum balas belum diterima daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk meneruskan pelaksanaan cadangan itu,” katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73636

Posted by on Jun 19 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE