Zuraida hadir inkues kematian Adib

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin menghadiri pendengaran inkues Mahkamah Koroner tentang kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd. Kasim.

Zuraida tiba di mahkamah pada kira-kira pukul 10 pagi diiringi Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Azmi Osman.

Hakim Rofiah Mohamad yang bertindak sebagai koroner hari ini pulaa dijangka melawat kuil pada kira-kira pukul 10.30 pagi.

Selain melawat lokasi kejadian, mereka akan melihat jentera bomba Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang terlibat dalam insiden tersebut, lapor Utusan Online.

Timbalan Pendakwa Raya selaku Pegawai Pengendali Inkues, Hamdan Hamzah, Faten Hadni Khairuddin dan Zhafran Rahim Hamzah turut dijangka menyertai lawatan ini.

Prosiding inkues ini diadakan bagi mencari punca kematian anggota bomba Muhammad Adib, 24, yang mati selepas parah diserang dan dipukul sekumpulan perusuh pada 27 November tahun lalu.

Inkues akan berlangsung bermula 11 Februari hingga 28 Mac depan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=72907

Posted by on Feb 12 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE