Zuraida jamin selesai kes tertangguh strata rumah

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Zuraida Kamaruddin berikrar untuk menyelesaikan kes tertangguh melibatkan Tribunal Perumahan Dan Strata.

Menurutnya, beliau akan menambah jumlah presiden tribunal bagi mendengar 7000 kes tertangguh di samping menambah jumlah penterjemah tribunal.

“Saya cadangkan kita tambah jumlah presiden yang sekarang dalam lingkungan 20 (orang), dan kita tubuhkan panel penterjemah,” katanya pada sidang media mingguan di Putrajaya semalam.

Menurut ahli Parlimen Ampang itu, sesetengah kes tertangguh kerana kekurangan penterjemah Tamil dan Cina.

Sementara itu, Zuraida memaklumkan yang Putrajaya kini meneliti cadangan untuk mewujudkan portal dalam talian setempat bagi skim rumah mampu milik kerajan.

Putrajaya akan menubuhkan Majlis Perumahan Mampu Milik Kebangsaan selepas cadangan itu diluluskan katanya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=71879

Posted by on Jun 13 2018. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE