Zuraida simpati dengan Wan Ji

Naib Presiden KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menzahirkan simpati terhadap pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin yang disabitkan hukuman penjara di bawah Akta Hasutan 1948.

Beliau berkata, mungkin terdapat sesuatu yang boleh dilakukan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) bagi membantu pembebasan Wan Ji daripada hukuman perundangan ‘drakonian’ tersebut.

“Kita masih mengamalkan demokrasi, praktis demokratik.

“Dalam kes Wan Ji saya simpati terhadap beliau dan sudah tentu ada ‘area’ yang kita boleh teliti dan mungkin merayu bagi pihaknya bagi membenarkan meringankan atau membebaskan beliau daripada hukuman,” katanya kepada pemberita selepas media pelancaran Konferens Hi Home, di Tasik Perdana Kuala Lumpur hari ini.

Namun, Zuraida mengakui yang langkahg tersebut agak rumit dan akan memakan masa.

“Namun ia bukan senang kerana bila kita ambil alih kerajaan dan sudah tentu banyak perkara dan prosedur yang kita perlu lakukan. Kalau kita tidak patuhinya, kita akan menjadi sama macam kerajaan BN.

“Kita perlu berbincang dan melalui proses di Parlimen. Ia proses panjang. Itu anda perlu tanya menteri undang-undang,” jelas beliau.

Wan Ji merupakan anggota KEADILAN dan bekas penasihat agama kepada ketua menteri Pulau Pinang sebelum ini iaitu Lim Guan Eng.

Beliau kini Pengarah Akademik Saudara Research Centre.

Beliau dihukum penjara setahun selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam menolak rayuannya terhadap sabitan dan hukuman sembilan bulan penjara kerana menerbitkan perkataan menghasut dan menghina terhadap Sultan Selangor, tujuh tahun lalu.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman meminda hukuman berkenaan kepada setahun penjara terhadap Wan Ji selepas mempertimbangkan rayuan silang pihak pendakwaan.

Wan Ji dituduh menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah yang membabitkan isu agama dalam akaun Facebook beliau.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=73742

Posted by on Jul 10 2019. Filed under BERITA UTAMA, NASIONAL. You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0. You can leave a response or trackback to this entry

Search Archive

Search by Date
Search by Category
Search with Google
Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE